Biawak gergasi buat pelanggan 7-Eleven cemas


Seekor biawak yang dipercayai kelaparan bertindak “menerjah” sebuah kedai serbaneka 7-Eleven yang terletak berhampiran sebuah terusan di bandar Nakhon Patthom, Thailand, kelmarin.

Kehadiran Reptilia dianggarkan sepanjang 1.82 meter itu menyebabkan para pelanggan dan pekerja menyorok selepas melihat haiwan itu menghampiri salah satu rak di dalam kedai itu.

Rakaman video haiwan itu menjadi tular dengan jutaan orang menonton aksi ia memanjat rak sehingga menyebabkan barangan berselerak.

Agensi berita tempatan melaporkan kesemua pelanggan dan pekerja bertindak berlindung di sebalik kaunter ketika kejadian berlaku.



Menurut laporan itu, salah seorang pelanggan terkejut selepas terserempak dengan haiwan itu ketika singgah untuk membeli minuman dan makanan.

“Haiwan ini ganas terutama apabila ia marah, jadi saya menjauhkan diri dan merekod kejadian itu dengan telefon saya,” kata pelanggan itu memetik laporan Southwest News Service (SWNS).

Tidak beberapa selepas itu, jabatan haiwan tiba di lokasi sebelum bertindak menangkap reptilia berkenaan dan melepaskan ia kembali di habitat asal.

Malangnya, haiwan itu langsung tidak dapat apa yang dihajati. Utv



https://www.tiktok.com/@thesamtyler/video/6948375207551700226?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6894054418322195970

Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker