Bakal menantu rupanya anak perempuan yang telah lama hilang


SUZHOU: Seorang wanita di China terkejut apabila mengetahui bakal menantunya ialah anak perempuannya yang telah lama hilang.

Dalam kejadian di Suzhou, wilayah Jiangsu pada 31 Mac lalu, bakal ibu mentua itu difahamkan ternampak tanda lahir di tangan bakal menantunya yang serupa dengan tanda di tangan anak perempuannya yang sekian lama dicari.

Dia kemudian bertanyakan perkara itu kepada ibu bapa pengantin perempuan, dan sama ada dan bakal menantunya itu diambil sebagai anak angkat lebih 20 tahun lalu.

Keluarga pengantin perempuan hairan dengan pertanyaan itu kerana perkara tersebut merupakan rahsia keluarga.

Namun, mereka akhirnya mendedahkan bayi perempuan itu dijumpai di tepi jalan dan dipelihara sebagai anak mereka sendiri sejak 20 tahun lalu, lapor TimesNowNews.

Pengantin perempuan yang mengetahui perkara itu menangis teresak-esak selepas mengetahui bakal ibu mentuanya ialah ibunya yang sebenar.

Dia menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai “lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri”.
Namun, timbul persoalan apabila pengantin perempuan kini bakal menikahi abangnya sendiri.

Bakal ‘ibu mentua’ bagaimanapun mendedahkan bahawa pengantin lelaki juga merupakan anak angkat.

Dia telah memelihara anak lelaki itu setelah putus harapan mencari anak perempuannya yang hilang, lapor Oriental Daily.

Perkahwinan kedua-dua pengantin ‘adik beradik’ itu kemudiannya diteruskan kerana mereka bukan saudara kandung. Awani

Pengantin lari, adik jadi tukang ganti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker