[VIDEO] “Mintak Maaf I Had Enough” – Nampak Macam Tertekan. Ramai Bimbang Dengan Keadaan Mark Adam! Mahu Berhenti?
Kalau minggu lepas Riena menangis disebabkan cabaran #NyanyiJeRiena, adakah Mark tertekan disebabkan cabaran #BacaJeMark?
Mesti ramai yang dah kenal dengan penyanyi Mark Adam. Sejak akhir-akhir ini, namanya semakin meningkat naik kerana sering diundang ke rancangan-rancangan hiburan.
Malah, sejak Februari lalu rezekinya makin berlipat-lipat selepas penyanyi berasal dari Filipina itu telah dilamar untuk menjadi penyampai radio di Hot FM.
Dapat cabaran kendali slot berita
Terbaru, Mark telah dicabar untuk mengendalikan sebuah slot berita di stesen radio tersebut.
Pantang mundur sebelum operasi
Dia yang menyahut cabaran tersebut telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbetulkan sebutan serta penyampaiannya.
VIDEO DIBAWAH:-
Bengang Dan Tendang Meja
Menerusi perkongsian video di Instagram Hot FM yang dimuat naik semalam, Mark bagaimanapun kelihatan terlampau bengang lepas teman penyampai radionya Riena, mentertawakannya.
Dia sempat memberitahu yang dia masih belum tidur sebab merasa tertekan dengan cabaran tersebut.
Namun dia tak boleh menahan rasa marah itu, lalu terus menendang dan pergi meninggalkan tempat tersebut.
Perkongsian video itu sehingga kini telah meraih lebih daripada 100k views.
VIDEO DIBAWAH:-
Selain itu, penyanyi tersebut telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik gambar berlatar hitam di akaun Instagramnya.
Ramai yang bimbang dengan keadaan Mark, tak kurang juga ada yang menganggap foto hitam yang di muat naik itu adalah gimik kerana sambutan hari April Fool.
Korang rasa sebab apa? Mark nampak tertekan betul ni…
Walau bagaimanapun melalui posting Hot FM pagi tadi, Mark dan Riena kelihatan baik sesama mereka dan mereka juga sempat bergurau senda.
Sumber : Instagram Mark Adam, Hot.fm
[VIDEO] Welcome To The Club! Mark Adam! Ramai Suka, Mark Adam Ganti Shuib di Hot FM 🔥