Zizan Razak buang perangai buaya


Pelawak dan pengacara, Zizan Razak bengang apabila soal jodohnya pula dipersendakan netizen selepas reaksinya melihat pelakon, Kamal Adli melamar kekasihnya, Uqasha Senrose menerusi Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020), baru-baru ini.

Reaksi wajah yang ditunjukkan Zizan ketika siaran langsung AME2020 itu juga hangat diperkatakan dalam media sosial, sekali gus kisah percintaannya yang tidak menjadi dengan beberapa selebriti wanita seperti Che Puan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah turut diperkatakan. Lebih dramatik, semua bekas kekasihnya sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon filem Polis Evo itu sekali lagi menegaskan, soal jodoh bukan terletak di tangannya.

Zizan berkata, dia tidak menolak hasrat untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan usianya sudah menjengah 36 tahun, bagaimanapun jodoh adalah rahsia Allah.

“Bagi saya, tiada manusia yang tiada perasaan mahu kahwin, sama juga saya. Namun, segala-galanya, saya serahkan pada Allah. Saya percaya jodoh, ajal dan maut Allah yang tentukan.

“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku, ia bukannya dirancang. Saya hanya cuma memberi respon yang ‘sporting’ untuk membuatkan program lebih menarik,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Zizan tidak menafikan, pernah berniat untuk menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya.

“Hati pernah terdetik menyerahkan jodoh pada keluarga. Ibu pernah memberitahu, dia sukakan pada seorang gadis dan cuba mengenali. Kemudiannya, saya terfikir jika saya berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?

“Saya sudah hidup selama 36 tahun. Saya tak mahu memperjudikan kehidupan pada orang yang saya tak cinta. Saya risau tak mampu bertahan,” katanya.

Zizan Razak enggan buang masa keluar dating dan berjanji bulan bintang, namun akhirnya hubungan tidak menjadi. – Foto IG Zizan Razak
Zizan Razak enggan buang masa keluar dating dan berjanji bulan bintang, namun akhirnya hubungan tidak menjadi. – Foto IG Zizan Razak
Katanya, dia enggan membuang masa menjalinkan hubungan yang tidak pasti.

“Tak guna terus membuang masa, saya bukannya muda lagi. Saya mahu terus berkahwin sekiranya ada yang berkenan di hati. Jika keluarga kedua-dua pihak sudah merestui, semuanya okay, saya boleh berkahwin bila-bila masa.

“Saya rasa buang masa keluar dating, berjanji bulan bintang seumpamanya, tetapi hubungan tidak menjadi.

“Tak dinafikan, ada juga yang berkenan di hati. Bila melihatnya ada juga timbul perasaan suka, tetapi nanti dahululah jika mahu mencuba. Saya takut merosakkan persahabatan kami.

“Saya takut hubungan tak menjadi, lalu persahabatan pun hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja. Jujurnya, saya memang ada sifat buaya, tetapi sekarang tiada lagi,” katanya.

Zizan turut menjelaskan berita yang mengaitkannya dengan selebriti muda seperti Uyaina Arshad dan Hawa Rizwana hanyalah gosip liar.

“Saya anggap mereka seperti adik sahaja. Saya ada dengar ura-ura yang mengatakan ada yang marah. Saya nak jelaskan, mereka hanya adik, saya langsung tiada perasaan.

“Sebab, jika saya nak ‘mengorat’ tak perlulah tunjuk dalam Instagram. Saya ada nombor telefon peribadi mereka, saya boleh mesej atau hubungi untuk ajak keluar. Apa yang saya letak dalam media sosial sekadar hiburan,” katanya.

Justeru, Zizan memohon peminat mendoakan yang terbaik dan tidak membuat kesimpulan negatif mengenai soal jodohnya. BH

‘Hobinya Mengusik Wanita Seksi’ – Ini Cara Cari Jodoh Zaman Dahulu Telah Buat Netizen Terhibur Sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker