Tiada siapa terlepas hukuman jika langgar SOP termasuk VIP, selebriti – Ismail Sabri

Sebaran :

Gambar hiasan

PETALING JAYA: Mana-mana pihak termasuk individu kenamaan (VIP) dan selebriti yang didapati melanggar SOP ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan terlepas daripada hukuman.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, polis juga akan menyiasat dakwaan selebriti yang melanggar SOP dengan melakukan perjalanan rentas negeri bagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bercuti dan berbulan madu.

“Tidak ada sesiapa mengatasi undang-undang dalam negara kita, semua rakyat tidak kira siapa, VIP, bukan VIP (jika) melanggar SOP mereka akan dikenakan tindakan.

“Kalau ada kes tidak kira melibatkan sesiapa, tak kira selebriti ke siapa, maka laporkan kepada polis dan polis akan ambil tindakan,” katanya ketika sidang media.


Sebaran :

Leave a Reply