Empat sekeluarga dikebumi dalam satu kubur


KUALA LANGAT – Jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, Pahang selamat dikebumikan dalam satu kubur, petang tadi.

Jenazah Allahyarham Marlianna Abdul Muid, 37, adiknya, Marlia, 36, dan dua kanak-kanak iaitu Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd. Faizuddin, 9, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting di sini, kira-kira pukul 4.45 petang.

Terdahulu, semua jenazah yang dibawa dari Hospital Bentong tiba di Masjid Jamek Jama’iyah Morib untuk disembahyangkan pada pukul 3.15 petang.

Suasana hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu dengan kehadiran puluhan ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham.



Dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu, empat sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler mengangkut kenderaan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, kira-kira 195 kilometer dari Kuantan, Pahang. K Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker