Letak jawatan Kabinet perlu keputusan secara kolektif. – Presiden MCA

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, peletakan jawatan dalam kerajaan oleh menteri dan timbalan menteri daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dibuat secara bersama.

Kenyataannya menyusul gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya ahli parti itu, yang merupakan menteri, timbalan menteri atau pengerusi dalam agensi berkaitan kerajaan, untuk segera melepaskan jawatan mereka.

Wanita UMNO akur keputusan PAU, MT

Ditanya jika beliau sedia meletak jawatan, Wee yang juga menteri pengangkutan berkata: “Apa saja keputusan yang kami buat, ia perlulah secara kolektif.”

Pemimpin MCA lain yang berada dalam kerajaan ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ti Lian Ker.

Letaklah jawatan, Redzuan beritahu menteri Umno ‘dua wajah’


Sebaran :

Leave a Reply