Jazlan: Umno berkorban sokong parti ‘kerdil’ untuk halang DAP berkuasa


Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan parti itu untuk menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah demi menghalang DAP berkuasa.

Ahli Parlimen Machang itu, yang menarik sokongan terhadap PN Januari ini, berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidilah yang telah mengarahkan ahli Parlimen Umno agar menyokong PN.

“Kita berjuang dan sanggup berkorban kerana presiden memikirkan takut DAP kembali berkuasa di dalam negara ini maka kita menolak DAP pada masa ini,” katanya ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) semalam, seperti dipetik Umno Online.

Selepas kejatuhan kerajaan PH, dakwa Jazlan, Umno pada mulanya berpandangan Parlimen harus dibubarkan.



Namun, dakwanya, parti itu mengubah keputusan setelah melihat PH mempunyai cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan.

““Tetapi apabila keputusan tidak cukup nombor maka kita ada kebimbangan. PH kembali dengan satu nombor yang cukup untuk menjadi kerajaan lantas presidn Umno meminta ahli Parlimen dan bukan saja ahli Parlimen, tetapi meminta semua seluruh warga Umno berjiwa besar untuk berkerjasama dengan parti ‘kerdil’,” katanya.

Walaupun tidak menyebut secara jelas, dia dipercayai merujuk kepada Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno.

PAU yang berlangsung dua hari bermula Sabtu menyaksikan Umno memuktamadkan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.



Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi (MT) Umno juga diberi mandat oleh para perwakilan untuk menentukan tarikh menarik diri daripada kerajaan PN. Mk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker