Meragukan, Siapa biayai tambak laut di Pulau Pinang? soal pakar ekonomi

GEORGE TOWN: Seorang pakar ekonomi hari ini menyoal bagaimanakah kerajaan negeri akan membayar kos penambakan sebuah pulau di pesisir pantai selatan negeri itu setelah sebuah syarikat diberi hak untuk menebus guna pulau itu sendiri baru-baru, berlawanan dengan projek penambakan yang dibiayai oleh negeri sebelum ini.

Lim Mah Hui dari Penang Forum, berkata tidak ada penjelasan tentang bagaimana ia akan membayar SRS Consortium setelah kerajaan negeri mengumumkan bahawa usaha sama baharu yang diketuai oleh SRS akan menjalankan kerja penambakan sebagai pemegang saham majoriti sementara tanah yang ditebus guna itu akan menjadi milik negeri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow baru-baru ini mengumumkan penubuhan usaha sama antara Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (30%) milik kerajann neger dengan SRS (70%) yang akan menebus guna separuh daripada “Pulau A” di hujung landasan lapangan terbang Pulau Pinang.

SRS dijangka membelanjakan RM3.8 bilion untuk kerja penambakan itu, sementara negeri tidak membayar apa-apa.

Lim Mah Hui.

Lim, yang merupakan pakar ekonomi dan bekas pegawai bank antarabangsa berkata, persetujuan antara kerajaan negeri dengan SRS tidak telus dan menimbulkan banyak persoalan.

“Apakah peranan JV ini? Adakah hanya untuk melantik kontraktor untuk menuntut menebus guna pulau itu?

“Adakah ia mempunyai hak milik ke atas tanah yang ditebus guna? Atau adakah tanah itu dimiliki sepenuhnya oleh negeri? Agensi negeri manakah yang akan memilikinya?

“Berapakah modal dibenarkan dan modal berbayar JV ini? Adakah ia merupakan syarikat RM1? Adakah negeri akan menyumbang kepada 30% modal berbayar?

“Pelik sekiranya kerajaan negeri tidak mengeluarkansatu sen pun untuk mendapat 30% pemilikan (dalam JV)? Aneh bahawa negeri ini akan memiliki hak milik penuh ke atas tanah tersebut sedangkan ia tidak mengeluarkan modal

“Bagaimanakah kontraktor akan dibayar? Adakah melalui penjualan tanah yang ditebus semula itu?

“Jika mereka membayar SRS dalam bentuk bukan tunai, iaitu melalui pertukaran tanah, apakah yang akan berlaku jika tanah tersebut dijual di bawah nilai yang dijangka?

“Bagaimanakah SRS akan dibayar? Apakah negeri memberi jaminan bagi menebus kerugian tersebut? Atau adakah SRS menerima kerugian itu?

[VIDEO] Letupan gereja Makassar, kecederaan dilaporkan

“Sukar dipercayai bahawa syarikat swasta akan menanggung semua risiko dan negeri mendapat faedahnya. Banyak persoalan yang mesti dijawab.”

Pulau A adalah salah satu daripada tiga pulau yang dicanangkan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM46 bilion.

Dua pulau lain berada di bawah model rakan kongsi penghantaran projek (PGP), dan kerajaan negeri akan membayar kosnya.

Kerajaan negeri menggunakan model PDP setelah gagal mendapatkan jaminan kerajaan persekutuan ke atas pinjaman untuk melaksanakan projek tersebut dan membenarkan SRS melaksanakan projek tersebut dengan menggunakan dana sendiri.

Meenakshi Raman.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meenakshi Raman berkata, kerajaan negeri seharusnya tidak terlalu tergesa-gesa untuk meneruskan projek itu kerana kelulusan perlu belum diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Beliau berkata, pihak yang terlibat dalam projek penambakan itu menghantar laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang disemak semula pada Januari, dan masih belum dipersetujui.

Meenakshi berkata, sekumpulan nelayan memfailkan rayuan terhadap kelulusan EIA pada Julai 2019 dan sedang menunggu keputusan oleh panel tiga hakim.

Ia diketuai hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, dengan bekas ketua pengarah JASAbu Bakar Jaafar dan ahli akademik kajian alam sekitar Ramdzani Abdullah sebagai anggota panel.

Beliau berkata, panel itu seharusnya bersidang minggu ini, tetapi ditunda hingga 23-25 Jun sementara menunggu hasil keputusan JAS mengenai laporan EIA yang disemak semula pada Januari.

“Kerajaan negeri dan SRS mesti menunggu semua persetujuan JAS. Bukan sahaja pelan pengurusan alam sekitar yang sedang menunggu kelulusan, tetapi juga EIA yang disemak semula.

PSR, atau projek tiga pulau, bertujuan menebus guna 1,821 hektar tanah.

Kerajaan negeri merancang untuk menjual tanah tersebut kepada pembida tertinggi bagi membiayai projek infrastruktur bernilai RM46 bilion, seperti lebuh raya dan landasan LRT 30 stesen.

Projek ini terbentang seluas 17 km persegi, dengan masing-masing pulau seluas 9.3, 4.45 dan 3.23 km persegi, akan ditambak di pesisir pantai antara Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul.

PAU 2020: Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC UMNO perlu tarik diri hari ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker