Junta Myanmar dahagakan darah, bunuh 90 penunjuk perasaan


NAYPYIDAW: Pasukan junta Myanmar dilaporkan menembak dan membunuh lebih 90 penunjuk perasaan dalam perbarisan anti-junta paling dahsyat lewat petang Sabtu sejak rampasan kuasa tentera pada bulan lalu, menurut laporan berita dan saksi.

Tindakan keras menghapuskan penunjuk perasaan itu berlaku ketika perarakan besar-besaran sambutan Hari Angkatan Tentera Myanmar di ibu negara tersebut, lapor portal Chanel News Asia (CNA).

Pemimpin junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu tindakan tersebut diambil bagi menandakan ketegasan pihak tentera melindungi rakyat Myanmar dan memperjuangkan demokrasi.

Siaran televisyen tempatan semalam,
mengatakan bahawa penunjuk perasaan berisiko ditembak di kepala dan di badan jika keluar melakukan demonstrasi jalanan pada hari ini.



Portal berita Myanmar Now mengatakan 91 orang terbunuh di seluruh negara ditembak oleh pasukan tentera junta.

Seorang budak lelaki seawal usia lima tahun dilaporkan antara 29 mangsa yang terbunuh di Mandalay manakala baki 24 lagi dilaporkan terbunuh di Yangon.

“Hari ini adalah hari yang memalukan buat pihak angkatan tentera,” kata jurucakap Jawatankuasa Mewakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH), Dr Sasa iaitu sebuah kumpulan anti-junta yang ditubuhkan oleh penggubal undang-undang kepada sebuah forum dalam talian.

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan di luar balai polis di pinggir bandar Dala, Yangon pada awal pagi Sabtu, lapor Myanmar Now dengan sekurang-kurangnya 10 disahkan tercedera. Agensi



Tentera Myanmar tembak mati kanak-kanak 7 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker