Tentera Myanmar tembak mati kanak-kanak 7 tahun

Mangsa antara yang termuda daripada 275 orang terbunuh

Tentera Myanmar dilaporkan menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ketika cubaan menangkap bapanya di kediaman mereka.

Pasukan itu menyerbu rumah mangsa ketika tindakan keras terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta pada Selasa di Mandalay.

Hin Myo Chit, 7, meninggal dunia akibat terkena peluru di perutnya ketika junta tentera berusaha menembak bapanya.

Kematian Myo Chit sekali gus menjadikannya mangsa termuda daripada kira-kira 275 orang yang terbunuh akibat tindakan keras junta tentera, menurut Persatuan Bantuan Untuk Tahanan Politik (AAPP).



Kematiannya juga mendorong para aktivis menyeru ‘mogok’ di seluruh negara pada Rabu.

Selain itu, pihak junta tentera tidak memberi sebarang komen mengenai kematian kanak-kanak berkenaan.

Penunjuk perasaan kembali ke jalanan selepas AS kenakan sekatan



Pada masa sama, dua lelaki juga dilaporkan terbunuh di kawasan bandar.

Tentera Myanmar merampas kuasa dan menggulingkan pemerintah dipilih Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa itu, rakyat di seluruh negara melancarkan kempen menentang tindakan berkenaan melalui demontrasi besar-besaran.

Setakat Isnin, seramai 2,682 orang telah ditangkap, didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana terbabit dalam protes rampasan kuasa di negara itu.



Selain itu, junta tentera berkata, ratusan penunjuk perasaan yang ditangkap beberapa minggu lalu telah dibebaskan.

Perbicaraan mahkamah Suu Kyi yang ditahan hampir dua bulan akan ditangguhkan hingga bulan depan. -Agensi

Hanya Dalam 24 Jam Sahaja, Anda Boleh Terbunuh Disebabkan Penyakit Ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker