Hanya Dalam 24 Jam Sahaja, Anda Boleh Terbunuh Disebabkan Penyakit Ini

Dalam masa setahun, kebanyakkan kita akan menghadapi penyakit sama ada sekali atau dua kali. Penyakit yang menjadi kebiasaannya diterima dalam kehidupan adalah campak, demam, batuk dan selesema yang tidak memberikan apa-apa ancaman kepada nyawa.

Tetapi berbeza dengan penyakit tersebut, terdapat juga beberapa penyakit yang dianggap sebagai musuh utama manusia kerana jika anda mempunyai gejala atau dijangkiti, penyakit ini pasti akan meragut nyawa anda dalam masa 24 jam sahaja.

Walaupun barah, strok dan penyakit jantung sudah menakutkan kita semua, tetapi ada lagi penyakit yang lebih menakutkan yang pastinya ada yang tidak tahu tentang penyakit ini.

EBOLA

Mencetuskan panik yang mengakibatkan kacau bilau, Ebola adalah sejenis penyakit paling berbahaya di dunia. Walaupun kita mempunyai vaksin untuk merawatnya, jika ia menjangkiti seseorang, tidak mustahil individu tersebut boleh terbunuh.



Demam Ebola ini terjadi apabila pendarahan berlaku dari organ dalaman dan lubang badan yang menyebabkan virus ditularkan melalui saluran darah dan organ.

Berlaku di beberapa negara Afrika, kadar kematian menaik daripada 50% sehingga 90%. Dalam masa beberapa jam sahaja, organ akan mengalami kegagalan berfungsi dan mangsa boleh mati.

NECROTIZING FASCIITIS

Jika anda tak tahu terms ini, mungkin anda pernah dengar tentang bakteria yang makan daging manusia? Disebabkan oleh lebih satu jenis bakteria dengan Streptococcus iaitu bakteria yang paling biasa boleh makan tisu lembut dalam badan bagi tempoh masa yang singkat.

Bakteria ini bertindak menyerang tisu perhubungan yang mengelilingi otot, saraf, lemak dan saluran darah yang menyebabkan kematian. Jika ia tidak meragut nyawa, potensi untuk kehilangan anggota badan juga sangat tinggi.



EPILEPSY

Dikaitkan dengan fenomena yang dikenali sebagai SUDEP yang menjelaskan keadaan kematian secara tiba-tiba dan tak dijangka. Ianya bukan sejenis bakteria atau virus tetapi gangguan sistem saraf pusat yang menyebabkan sawan.

Sebelum kematian berlaku, 1/3 pesakit menunjukkan tanda-tanda serangan kekejangan tetapi tidak ramai yang menunjukkan tanda sawan.

MENINGITIS

Dalam jarak yang dekat, jangkitan bakteria ini boleh tersebar kepada orang lain. Apabila penyakit meningococcal berkembang, lapisan perlindungan di otak dan saraf tunjang akan membengkak.

Pada masa inilah bakteria tersebut akan masuk ke dalam saluran darah untuk menyebabkan maut. 1/10 orang yang akan mati walaupun dirawat dan 2/10 akan selamat tetapi mereka akan mengalami kerosakan otak, kehilangan pendengaran, anggota badan dipotong dan kecacatan.



(Meningococcal: jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Neisseria Meningtidis)

CHOLERA

Cholera adalah penyakit yang disebabkan oleh cirit-birit yang berpunca daripada minuman atau makanan yang tercemar dengan bakteria. Tidak ramai di antara kita yang mati disebabkannya tetapi jika anda berada di negara lain, ia bermakna kematian sangat hampir.

Cholera akan menyebabkan perut menjadi tak selesa dan boleh menjadi cirit birit akut. Situasi ini akan membuatkan pesakit mengalami dehidrasi yang teruk dan boleh terbunuh dalam tempoh masa yang singkat jika tidak dirawat.

Kekal sebagai ancaman global, sebanyak 21,000 sehingga 143,000 kematian berlaku di dunia setiap tahun.



DEMAM DENGGI

Disebabkan oleh gigitan nyamuk yang dijangkiti virus, penyakit ini menjadi penyebab utama kematian di kawasan tropika. Sejak tahun 1950-an, penyakit ini telah menjangkiti hampir 400 juta orang setiap tahun.

Gejalanya ialah anda akan demam teruk yang berterusan antara 2-7 hari dan mula kembali kepada normal. Pada situasi ini yang perlu anda ambil berat kerana dalam masa 24-48 jam sahaja, anda perlu dapatkan bantuan sebelum kegagalan sistem peredaran darah, kejutan dan kematian.

PNEUMONIC PLAGUE

Bakteria Yersinia pestis ditularkan daripada tikus kepada manusia melalui kutu. Dalam masa 18-24 jam daripada jangkitan, ia boleh membunuh dengan cepat jika tidak dirawat.

Antibiotik biasa boleh menyembuhkan tetapi hanya diberikan pada peringkat awal jangkitan. Gejala penyakit ini merangkumi sesak nafas dan batuk yang mempunyai kahak berdarah.



TOXIC SHOCK SYNDROME

Sangat menakutkan dalam kalangan wanita. TSS ini adalah jangkitan bakteria daripada saluran darah yang menyebarkan toksi ke seluruh organ. Perkara ini sering dikaitkan dengan penggunaan menstrual cup dan tampon.

Tindak balas badan menyebabkan penurunan tekanan darah yang mendadak dan kehilangan oksigen dalam organ yang membawa kepada kematian. 1/3 wanita berumur 19 tahun ke bawah menghadapinya dan sebanyak 30% wanita menghadapinya secara berulangan.

HANTAVIRUS

Virus ini boleh membunuh 38% pesakit yang dijangkiti yang berpunca daripada kotoran, air kencing atau air liur tikus. Malangnya, gejala seperti selesema sukar untuk buktikan jika dijangkiti.

Kalau doktor mengesyaki, pesakit akan dimasukkan dalam ICU untuk diawasi dan membuat rawatan. Virus ini adalah salah satu penyakit yang anda tidak sedar bahawa anda boleh mendapatkan ketika bercuti atau berehat.



ENTEROVIRUS D68

Virus ini memasuki badan melalui saluran usus dan menyebabkan pelbagai penyakit. Peluang kematian mungkin rendah tetapi kompilasi daripada penyakit lain boleh menyebabkan kematian yang cepat terutamanya kanak-kanak.

Antara gejalanya adalah demam, hidung berair, bersin, batuk dan sakit otot. Pesakit yang mempunyai asma berisiko lebih tinggi kerana ia boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk.

Walaupun antara punca menghadapi penyakit ini disebabkan genetik, ia berpotensi untuk membuat seseorang itu menderita dan kehilangan nyawa dalam sekelip mata. Walaupun ianya jarang berlaku tetapi anda pasti tidak akan melupakannya apabila orang terdekat anda menghadapinya. Wn

Awas bahaya bakteria dalam peti sejuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker