Gangguan bekalan air di 30 kawasan Selangor

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor) memaklumkan 30 kawasan di tiga wilayah iaitu Petaling, Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air selama 48 jam bermula 30 Mac ini.

Gangguan bekalan air itu adalah susulan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, gangguan air bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam pada 1 April.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja tersebut adalah pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15 di sini.

“Malah, gangguan air selama 68 jam dijadualkan berlaku di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur membabitkan 58 kawasan.

Selangor hadapi 9 kali pencemaran air dan 8 kali gangguan bekalan sepanjang 2020

“Ini adalah susulan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

“Gangguan air dijadualkan berlaku pada 6 April bermula pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 April,” kata kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Air Selangor juga dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di beberapa LRA iaitu di LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun, LRA Sungai Langat pada 6 Julai, dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Oktober yang dijadualkan dalam tahun ini.

“Pelaksanaan kerja-kerja berjadual tersebut turut tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN.

“Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperoleh,” katanya.

Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker