Cuti punca pergaduhan pengawal keselamatan dan penyelia

IGP Tan Sri Mohamad Fuzi Harun attend monthly assembly in Bukit Aman January 16, 2019. ― Picture by Ahmad Zamzahuri

TELUK INTAN: Polis telah mengambil keterangan dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong di sini, kelmarin yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 27 tahun pada pukul 9.53 malam kelmarin.

Menurutnya, wanita itu membuat laporan polis akibat perselisihan faham sehingga berlaku pertengkaran dengan seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

“Punca pertengkaran dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti.

“Polis sudah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.

“Kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video pertengkaran seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai makan dan mereka dileraikan pekerja kedai tersebut. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker