Seolah olah ada agenda poltiik tangguh ‘Undi 18’, Kerajaan PN jangan beri isyarat salah – Asyraf
Pemuda Umno menyifatkan kerajaan menghantar isyarat yang salah apabila menangguhkan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik.
Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu membayangkan seolah-olah ada agenda politik di sebaliknya.
Sedangkan katanya, pelaksanaan undi 18 sebelum ini menyaksikan pindaan perlembagaan yang disokong oleh majoriti anggota Dewan Rakyat.
“Semacam ada satu agenda politik yang sebenarnya memberi isyarat salah. Bagaikan kerajaan ini tidak menghormati apa yang dipersetujui di peringkat tertinggi legislatif iaitu parlimen.
“Pertama kali kita (ahli parlimen) boleh mengundi atas dasar konsesus dan kepentingan parti diketepi dan semua orang menyokong secara lebih dua per tiga.
“Seharusnya ini tidak berlaku. Ini betul-betul mengecewakan. Hak anak muda berumur 18 tahun ke atas perlu kita pertahankan kerana ini janji kita dalam parlimen, dan janji kerajaan untuk melaksanakannya,”
Isyarat Zahid Supaya PRU Diadakan Segera, Bukan Sokong Anwar
Ditanya sama ada Pemuda Umno akan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan Undi 18, Asyraf mengakuinya.
“Kita memang mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan segera. Apa yang dijanjikan itu dapat dilaksanakan berasaskan garis masa yang telah ditetapkan,” katanya lagi.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 kepada September tahun depan, meskipun menteri undang-undang Takiyuddin Hassan sebelum ini mengatakan ia dijangka dilaksanakan pada Julai.
SPR berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menjejaskan perancangan dan persiapan untuk menurunkan usia minimum pengundi.
Bagaimanapun, pengkritik berpendapat tidak ada sebab mengapa pendaftaran pengundi sedia ada tidak dapat diperluas kepada mereka yang berusia 18 tahun.
Bekas perdana menteri Najib Razak pula menyifatkan kerajaan tidak yakin golongan muda menyokong mereka, menyebabkan undi 18 terpaksa ditangguhkan.
Sementara itu Asyraf berkata, undi 18 adalah agenda bersama Bersatu dan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang ketika itu berada dalam Pakatan Harapan (PH).
“Bagi saya ini satu yang amat mengecewakan kerana ketika PH memerintah, Bersatu dan juga PKR, (termasuk) Azmin bersama di dalam (kerajaan PH).
“Mereka memberi gambaran bersungguh-sungguh untuk meyakinkan semua parti keperluan undi 18 tahun ini dilakukan,” katanya.
[VIDEO] ‘Anak Orang Tu Woi!!!’ – Netizen ‘Naik Angin’ Bila Cikgu Tadika Campak Pelajar Ke Lantai
You must be logged in to post a comment.