Azmin Tanya Siapa Janji Undi 18? Ini Jawapan Najib

 

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata menteri Perikatan Nasional (PN) pernah berjanji untuk melaksanakan dasar Undi18 tahun ini.

“Menteri PN pun tanya siapa yang janji.



“Jawapan bagi menteri PN ialah menteri PN. Menteri PN yang pernah janji dalam Parlimen,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18, dan membayangkan kerajaan PN tidak berjanji melaksanakannya dalam tempoh terdekat.

“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?” soal Azmin pada majlis di Shah Alam pagi tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pendaftaran automatik hanya akan dapat dilaksanakan selepas September tahun depan.



Undi18 saman kerajaan minggu depan

Sebelum itu, seorang lagi menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, mengkritik SPR kerana menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata, alasan bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.



Hari ini, NGO Undi18 berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas penangguhan itu minggu depan.

Pada November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilapor memberitahu Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Julai ini.

Beliau berkata, SPR melakukan beberapa persiapan untuk melaksanakan perkara itu bersama Jabatan Pendaftaran Negara.

 



Undi 18: Pemuda PAS Mahu ON, Presiden Kata Undi Perlu Kematangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker