Pengguna boleh rancang had penggunaan elektrik: TNB

SHAH ALAM – Pengguna meter pintar dan aplikasi myTNB berupaya merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan menerusi penambahan ciri-ciri baharu serta naik taraf perkhidmatan itu, selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.

Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, dengan naik taraf berkenaan lebih banyak manfaat yang dapat diperolehi pengguna.

Menurutnya, antara ciri baharu yang bakal dinikmati pengguna adalah pemberitahuan pengesanan gangguan bekalan dan pemberitahuan notis gangguan bekalan berkala.



“Menerusi ciri Energy Budget pula, pengguna dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi (alert) apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Satu lagi ciri meter pintar adalah keupayaannya mendorong pengguna menggunakan elektrik dengan lebih efisien dan jimat tenaga, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar.

Solidariti elak UMNO berpecah



“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha TNB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberi manfaat kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, beliau menerima lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood di Pusat Operasi Meter Pintar.

Turut hadir, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood; Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Stakeholder (Chief Regulatory & Stakeholder Management Officer) TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

Untuk rekod, TNB telah memasang lebih 1 juta meter pintar setakat ini iaitu 788,000 pemasangan melibatkan pengguna di Lembah Klang manakala 317,000 lagi di Melaka.



Pemasangan meter akan diperluaskan kepada kesemua 9.1 juta pengguna di Semenanjung Malaysia menjelang 2026 manakala, sehingga akhir bulan lalu, lebih 4.8 juta akaun pengguna berdaftar telah menggunakan aplikasi myTNB.

Cara Muhyiddin tadbir negara ada ciri-ciri diktator, dakwa Khalid Samad



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker