Undi 18: PN makin terdesak pertahan kuasa

JOHOR BAHRU- Perikatan Nasional (PN) semakin memperlihatkan sikap terdesak mereka untuk mempertahankan kuasa hingga sanggup menggunakan apa jua cara dan helah demi mencapai matlamat tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 dilihat antara tekanan yang dibuat kepada suruhanjaya itu.

Menurutnya, alasan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberikan kekangan kepada SPR amat tidak masuk akal.

“Ia sekali gus mengesahkan desas-desus selama ini bahawa terdapat usaha terancang untuk menggagalkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik daripada direalisasikan mengikut garis masa yang sepatutnya iaitu pada Julai 2021.

“Ingin ditegaskan, sekiranya usaha menggagalkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik diteruskan, ini adalah terang-terangan merupakan penghinaan terbesar terhadap Parlimen serta sistem demokrasi negara dan sekali gus membelakangkan suara dua pertiga ahli Parlimen yang sebulat suara bersetuju agar usul ini diluluskan,” katanya.

Mahathir Terdesak?

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Pengelola AMK, Chua Wei Kiat dan Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam dalam laman Facebook rasminya, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, apa yang lebih meragukan ialah apabila Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyebut bahawa usul yang diluluskan di Parlimen sebelum ini bertujuan untuk direalisasikan pada tahun 2023 sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Agak hairan, bagaimana Pengerusi SPR mengetahui bila PRU15 akan diadakan sedangkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sendiri memberikan komitmen bahawa PRU15 akan dilaksanakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 terkawal dan darurat berakhir. Adakah ini bermakna darurat akan dilanjutkan?

“AMK ingin menyeru kepada belia yang berumur 18 tahun pada Julai 2021 untuk bangkit bersuara di segenap medium media sosial yang ada untuk mempertahankan hak dalam lunas demokrasi yang sepatutnya menjadi milik anda namun telah dirobek demi ketamakan kuasa kerajaan yang dibina atas dasar pengkhianatan serta dipertikaikan keabsahannya.

“PN perlu hentikan segera tekanan terhadap SPR dan menjadikan agensi kerajaan sebagai perkakas politik demi mencapai kuasa. SPR diyakini mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas serta perlu bebas menjalankan tanggungjawab dan amanah negara kepada mereka,” katanya.

Beri serta-merta bantuan tunai kepada rakyat terdesak, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker