Beri serta-merta bantuan tunai kepada rakyat terdesak, kata Najib


Najib Razak menggesa supaya bantuan wang tunai yang diperuntukkan kepada rakyat menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditunaikan serta-merta.

Najib berkata, adalah tidak wajar sekiranya BPR yang diumumkan untuk rakyat berpendapatan di bawah RM1,000 dibayar dengan kadar separuh, hanya selepas 3 bulan pengumuman dibuat.

“Sebab itu saya percaya mereka dengan pendapatan bawah RM1,000 yang merupakan golongan paling terdesak akan mendapat lebih manfaat sekiranya janji menaikkan bantuan bulanan ke RM1,000 dapat ditunaikan serta-merta.

“Jika masih mahu meneruskan bantuan RM500 sekali bayar seperti diumumkan semalam, jangan tunggu tiga bulan lagi hingga Jun.

“Mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dan sudah hilang kerja tidak akan dapat bertahan sehingga Jun untuk dapat bantuan RM500 sekali bayar,” katanya di Facebook.

Semalam, dalam satu pengumuman khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan tunai secara “one-off” sebanyak RM500 akan diberi kepada golongan B40 yang hilang pendapatan dan bayaran tambahan RM500 diberi kepada penerima BPR berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan berkenaan terkandung dalam inisiatif ke-15 Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Disember tahun lalu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dilaksanakan segera.

Bahkan katanya, beliau akan memastikan golongan terbabit mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. FMT

PKR bidas langkah terdesak ‘ugut’ Ahli Parlimen keluar parti, sertai gabungan kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker