68 peratus rakyat Malaysia mahu terima suntikan vaksin Covid-19


PUTRAJAYA – Sebanyak 68 peratus rakyat Malaysia mahu menerima suntikan vaksin Covid-19 berdasarkan statistik daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurutnya, melalui statistik Nadma itu juga, didapati hanya 16 peratus rakyat negara ini masih tidak pasti sama ada mahu atau tidak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Sasaran kita adalah 80 peratus rakyat negara ini divaksinasi. Oleh itu, maklumat tentang program vaksinasi perlu diberikan dengat tepat supaya rakyat tidak rasa was-was selain kerjasama semua pihak penting untuk menjayakan program ini.

“Maklumat yang betul akan memberi keyakinan kepada rakyat bagi menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (Khas) Bil 1 di sini pada Jumaat.

Termakankah Mahathir dengan pujukan Redzuan?

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan vaksin Covid-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kerana ia diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Setiap individu perlu bekerjasama dengan kerajaan dan menerima suntikan vaksin Covid-19… tidak perlu pilih mana-mana vaksin dan jika available terus ambil,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) yang dianggotai badan sukarela telah diwujudkan bagi menggalak dan membantu komuniti untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Selain itu, katanya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diminta mengaktikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang akan bertindak sebagai ‘war room’ bagi melancarkan proses gerak gempur ABC-19.

“ABC-19 akan uruskan pendaftaran vaksinasi dan mereka adalah sukarelawan yang berada di peringkat daerah dan negeri,” katanya.

Alasan SPR tangguh Undi 18 tak munasabah – Khairy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker