Hidup wanita malang selepas menang loteri

LONDON – Seorang wanita yang pernah mencuri perhatian rakyat Britain kerana memenangi loteri sebanyak £1.8 juta (RM10.27 juta) ketika berumur 16 tahun pada 2003 didakwa di mahkamah Rabu lepas kerana melanggar pagar seorang petani, lapor akhbar Daily Star.

Callie Rogers, 33, yang juga disahkan positif dadah, memandu kenderaan pacuan empat roda dan melanggar pagar milik seorang petani di Crosby, England pada hari kejadian Disember tahun lepas.

Callie dan teman lelakinya, Jason Fearon melarikan diri sebelum ditahan anggota polis yang melalui lokasi kemala­ngan.



Menurut akhbar The Sun, pendakwa raya, Pam Fee memberitahu Mahkamah Majistret Workington bahawa selepas ditahan polis, Fearon mendedahkan bahawa Callie yang memandu ketika kejadian.

“Saya beritahu dia agar ja­ngan memandu,” ujar Fearon.

Callie menerima hukuman perlu memakai gelang sistem pengesanan global (GPS) selama 11 minggu bagi mengawasi pergerakannya pada waktu malam selain dikenakan lara­ngan memandu selama 22 bulan.

Selain itu, ibu kepada empat anak itu juga mengaku melawan ketika anggota polis cuba menahannya. Sabit kesalahan tersebut, dia didenda £200 (RM1,141) dan perlu membayar ganti rugi £100 (RM571) kepada anggota polis terbabit.



Rogers memenangi loteri bernilai £1.8 juta (RM10.27 juta) tetapi kehidupannya berubah menjadi lebih buruk termasuk rakan-rakan meminjam wang dan kegagalan dalam hubu­ngan percintaan.

Akhbar The Sun turut melaporkan bahawa Callie telah berbelanja hampir £2 juta (RM11.41 juta) untuk pakai­an, parti, rakan-rakan, keluarga dan orang sekeliling yang mengambil kesempatan terhadap dirinya. – Agensi

Crazy rich Malang hadiahkan menara buat isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker