[VIDEO] Jari Neelofa Berinai Merah! & ‘Bachelorette Party’ Kuatkan Lagi Spekulasi Neelofa Bernikah Esok!.Ibu Sibuk Mula Memasak….
NAMPAKNYA ‘bau nasi minyak’ perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal negara, Neelofa dengan pasangannya, PU Riz semakin kuat!
Menerusi kemaskini di Instagram Story milik juara Dewi Remaja 2009/10 itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dilihat memberi bayangan seolah-olah sudah pun bersiap sedia menghitung hari untuk bergelar isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress Hrrl8RBg]Di laman Instagram yang dipercayai milik sepupu Neelofa, CT Ray turut mendapati pengikut Instagram wanita itu mengajukan soalan berhubung kepulangannya pada majlis perkahwinan Neelofa.
“Anda tidak pulang pada majlis perkahwinan Neelofa?” tanya pengguna Instagram tersebut, sebelum dijawab oleh CT Ray bahawa dia tidak pulang dalam masa terdekat memandangkan sempadan negara masih ditutup.
CT Ray ketika ini dipercayai menetap di selatan Australia.
Rakan-Rakan Adakan Bachelorette Party?
Bukan itu sahaja, sebuah majlis ‘parti bujang’ yang dibuat oleh rakan-rakan terdekat Neelofa turut menjadi perhatian netizen. Difahamkan, berdasarkan video yang dikongsi oleh akaun peminatnya, ia telah dirakam di bilik selebriti itu sama seperti yang pernah dikongsi dalam salah sebuah video laman kakaknya, Rosix & Bella sebelum ini.
Hubungan Neelofa dan PU Riz sentiasa menjadi sorotan media tempatan sejak beberapa bulan lalu kerana mereka juga tidak terlepas melalui pelbagai ujian dan cabaran.
Pada hujung Januari lalu, Neelofa ada memberi bayangan bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka, namun, tiada sebarang pengumuman dibuat.
Masak istimewa, ada kenduri
Selain daripada jarinya yang sudah berinai, ibunya, Noor Kartini turut dilihat sibuk di dapur apabila berkongsi video di IG story sedang memasak makanan dalam kuantiti yang banyak dengan memberi hint akan membuat kenduri pada malam nanti.
VIDEO DIBAWAH:-
Neelofa juga sempat memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Sumber: Instagram Neelofa, Noor Kartini & Noor Nabila
Hotel St.Regis lokasi majlis Neelofa dan Haris?