Pusat Pemberian Vaksin tersilap masukkan digit kad pengenalan

 

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengakui wujud kesilapan memasukkan data penerima vaksin tetapi menafikan terdapat kebocoran data peribadi.

Pengarahnya Dr Zaini Hussin mengakui petugas kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak sengaja memasukkan digit kad pengenalan seorang wanita ketika melakukan pendaftaran kepada seorang petugas barisan hadapan.

Dia justeru memohon maaf atas kekeliruan dan pertindihan maklumat yang berlaku.



“Ingin dijelaskan bahawa tidak terdapat sebarang kebocoran dalam data peribadi individu berkenaan.

“Kami sudah membuat langkah-langkah pembetulan berhubung butiran wanita berkenaan sebagai individu yang sudah menerima vaksin.

 

“Proses validasi sistem dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.



Terdahulu, seorang wanita melahirkan rasa terkejut ketika mahu membuat pendaftaran penerimaan vaksin apabila mendapati namanya sudah tersenarai sebagai penerima suntikan dos pertama pada 3 Mac di Pasir Puteh.

Justeru dia mempersoalkan bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apakah bermakna data peribadinya tidak selamat.

Sementara itu Zaini berkata, penerima vaksin sebenar itu sudah dimaklumkan dan datanya sedang dikonsolidasi melalui sistem.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker