Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata

Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata

Anak sulung kepada Allahyarham Bad Indigo, 48, iaitu Rayyan, 14, berkongsi perbualan terakhir bersama bapanya yang mahu menghadiahkan sepasang kasut bola sepak.

Rayyan berkata, mereka berbual mengenai perkara itu, petang semalam sebelum mendapat perkhabaran arwah menghembuskan terakhir kira-kira jam 7 petang pada hari yang sama.

“Perbualan terakhir saya dengan ayah, petang semalam. Ayah cakap, dia nak belikan kasut bola untuk saya, tapi dalam dua hari lagi,” katanya kepada BH Online.

Rayyan ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini, hari ini ketika proses menguruskan jenazah Allahyarham Bad.

Rayyan yang kini tinggal bersama adiknya, Rania, 13, dan ibu mereka iaitu bekas isteri Bad di Muar, Johor bergegas ke Masjid Tun Abdul Aziz, awal pagi tadi selepas dimaklumkan mengenai berita kematian itu.

Semalam, Bad atau nama sebenar, Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat masalah kesihatan berkaitan jantung.

Jenazah Allahyarham Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat, hari ini. BH

Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker