RUU355: Perjuangan PAS lebih besar dari itu

Perjuangan PAS di dalam kerajaan, bukan sekadar untuk menjayakan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai RUU355.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, perjuangan PAS sebenarnya jauh lebih besar daripada itu, iaitu bagi mengharmonikan undang-undang sivil dengan undang-undang syariah.

Katanya, seperti yang dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary sebelum ini, rangka pemerkasaan undang-undang syariah meliputi pelbagai aspek termasuklah strukturnya, bidang kuasanya, serta pelaksanaannya.



Katanya, selain jawatankuasa khas pemerkasaan mahkamah syariah, satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan, iaitu jawatankuasa untuk mengharmonikan undang-undagn sivil dan undang-undang syariah.

“Sebab asas kepada undang-undang Malaysia ini, sepatutnya ialah Islam. Sebab agama bagi persekutuan ialah agama Islam. Jadi kenapa perlu ada satu undang-undang yang berbeza untuk sivil dan juga untuk syariah?

“Kerana asas kepada perlembagaan itu sendiri sudah Islam sebenarnya. Cuma bagaimana kita nak mengharmonikan undang-undang yang dibawa oleh penjajah British dengan undang-undang yang sudah ada pun sebelum daripada British masuk.

“Kita nak mengharmonikan.



“Maknanya, perjuangan PAS sebenarnya bukan sekadar RUU355, bahkan memperjuangkan sesuatu yang jauh lebih besar – untuk mengharmonikan mahkamah sivil dengan mahkamah syariah.

“Itu rakyat kena tengok dalam konteks yang lebih besar. Bukan hanya konteks RUU355,” katanya.

Dia berkata demikian dalam wawancara bersama Suara Merdeka tengah hari tadi.

 



 

Kamaruzaman (gambar, atas) disoal mengenai pertikaian segelintir pihak tentang kerajaan PN yang dikatakan tidak mampu mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam serta dalam soal menjayakan RUU355.

Untuk isu kalimah Allah, jelas Kamarulzaman, proses rayuan sudah pun dijalankan oleh kerajaan, mengikut saluran sepatutnya yang juga tertakluk pada konsep pengasingan kuasa antara pemerintah (eksekutif) dan kehakiman.

Sebelum ini, Ahmad Marzuk memaklumkan beberapa undang-undang syariah akan digubal manakala beberapa akta lain akan dipinda bawah rancangan pelan pemerkasaan undang-undang syariah Wilayah Persekutuan selama lima tahun.



Antaranya, penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam untuk Wilayah Persekutuan.

Apa khabar RUU355, sindir Saifuddin

Kata Ahmad Marzuk, RUU itu sebelum ini dikemukakannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah”.



RUU355 pula merupakan antara isu yang lantang diperjuangkan PAS ketika menjadi pembangkang.

RUU355 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Presiden PAS Abdul Hadi, sebagai RUU persendirian.

Perbahasan mengenainya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.

Setakat ini, RUU355 tersebut hanya baru di peringkat mengemukakan usul tanpa perbahasan.



Setelah setahun menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat, PAS disindir sesetengah pihak termasuk daripada pembangkang kerana masih tiada kertas kabinet dibentangkan berhubung pindaan akta berkenaan.

https://mykmu.net/2017/04/11/ruu355-biseksual-pun-sokong-apa-pendirian-mahathir-dap-selepas-ini/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker