Ucapan Zahid, Asyraf ditular untuk gugat hubungan Pas, UMNO

Sebaran :


Ketegangan antara parti UMNO dan Pas di Terengganu disejukan dengan kenyataan Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki bahawa pertembungan antara kedua-dua parti hampi pasti tidak akan berlaku.

MOhd. Zuhdi berkata, beliau telah meneliti dua video tular ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuli di Terengganu yang menimbulkan keresahan kedua-dua

Beliau mendapati penularan ucapan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu gugat hubungan kedua-dua parti di dalam MN.

“Setelah saya meneliti ucapan kedua-dua pemimpin UMNO ini, saya boleh menyimpulkan bahawa ucapan kedua-dua mereka hanyalah bersifat hipotetikal.



“Mereka hanya membuat andaian sekiranya hubungan Pas dan UMNO di dalam Muafakat Nasional terputus di tengah jalan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, maka tidak dielakkan pertembungan antara Pas dan UMNO akan berlaku,” katanya.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, konflik antara UMNO dan Pas dapat dielakkan sekiranya kedua-dua pihak meneruskan usahamemperkasakan Muafakat Nasional (MN)

Oleh yang demikian beliau berharap seluruh pendukung Pas dan UMNO di seluruh negara tidak perlu bimbang dengan perkembangan semasa yang melibatkan Maufakat Nasional pada masa kini.

“Sebenarnya jika mimpi ngeri terbubarnya MN ini berlaku kepada kedua-dua parti di dalam MN, pertembungan antara Pas dan UMNO turut boleh berlaku di negeri-negeri yang lain.



“Bagaimanapun realiti sebenarnya yang berlaku, hubungan Pas dan UMNO di dalam MN semakin kukuh,” katanya.

Menurutnya, beliau dan Asyraf Wajdi berada di dalam satu pasukan bertindak bersama beberapa pimpinan Pas dan UMNO lain yang dipertanggungjawabkan untuk merancang agenda untuk memperkasa MN.

Mohd Zuhdi amat yakin UMNO konsisten mendukung agenda penyatuan Ummah yang menjadi teras MN.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru seluruh pendukung Pas dan UMNO supaya terus memperkukuhkan agenda penyatuan ummah terutama ketika umat Islam berada di ambang bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak beberapa lama lagi.



“Marilah kira menjadikan masa mendatang ini untuk kita mencipta satu masa depan Islam yang gemilang untuk kesejahteraan Malaysia,”katanya.

Semalam tular sebahagian ucapan Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi kepada jentera parti UMNO di Terengganu berkaitan kerjasama parti itu dengan Pas.

Ucapan yang telah disunting itu menimbulkan keresahan terhadap ahli dan penyokong kedua-dua parti. SM

Penyatuan ummah : Manfaat kepada Melayu, Islam


Sebaran :

Leave a Reply