Ketua Polis Negara akan bincang dengan timbalan dedah nama anggota ‘kartel’ polis

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini berkata dia tahu anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam ‘kartel’ yang cuba menjatuhkannya.

Bagaimanapun, setakat ini Abdul Hamid belum merancang untuk mendedahkan nama mereka.

“Ia dalam kawalan dan saya akan ambil tindakan. Saya akan bincang dengan timbalan ketua polis negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.



Ketua polis negara itu berkata demikian ketika ditanya sama ada dia akan mendedahkan nama anggota dan pegawai yang terlibat dalam kartel yang dimaksudkannya.

Sementara itu, Abdul Hamid juga mengulangi pandangannya bahawa isu berkenaan tidak memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Saya sudah jelaskan sebelum ini. Perkara ini dalam kawalan. Kenapa saya kongsi dengan orang awam kerana saya mahu orang awam tahu bahawa saya tahu apa yang mereka tahu.

“Dan saya juga mahu anak buah saya sedar bahawa ia adalah sesuatu yang buruk. Saya tahu apa yang jadi di bawah sana.



“Kalau ada yang cita-cita nak buat lain-lain kumpulan (dalam pasukan polis), hentikan,” katanya.

Muda gesa dedah nama pihak terbabit dalam kartel polis

Dalam perkembangan isu sama, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini menyerahkan memorandum bagi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan nama pihak yang terlibat dalam ‘kartel’ polis.



Pendedahan Abdul Hamid pada 18 Mac berhubung ‘kartel’ yang terdiri daripada pegawai muda yang cuba menjatuhkannya demi kepentingan peribadi mencetuskan pelbagai reaksi.,

Ahli politik pembangkang dan badan peguam menggesa agar RCI ditubuhkan menyiasat perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkara tiada keperluan untuk RCI ditubuhkan.

Kata Takiyuddin, ia merupakan masalah dalaman yang hanya perlu dikendalikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).



Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebelum ini meminta Abdul Hamid untuk melaporkan perkara berkenaan kepada SPP, namun Abdul Hamid menyatakan keyakinan bahawa pihaknya mampu menangani isu itu tanpa melibatkan SPP.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker