IBM tutup ‘Kedai’ di Cyberjaya, tiada ulasan berkenaan jumlah pekerja yang terjejas

 

PETALING JAYA: IBM mengumumkan akan menutup Pusat Penyampaian Globalnya di Cyberjaya pada 31 Mei.

Menurut The Edge, jurucakap IBM berkata penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM lain di Malaysia, termasuk ibu pejabatnya.

“IBM tetap komited dengan Malaysia dan akan terus tumpu kepada membangunkan kapasiti dan kemampuannya untuk membantu pelanggan kami dalam hal ‘cloud’ hibrid dan kecerdasan buatan, dan negara dalam usaha mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Digital,” kata jurucakap itu.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mengulas tentang jumlah pekerjaan yang akan terjejas akibat penutupan ini.

Menurut laporan itu, difahamkan beberapa pekerja sudah mulai menghantar permohonan kerja kepada beberapa syarikat IT yang lain kerana penutupan itu berkemungkinan mengakibatkan lebih 1,000 orang hilang pekerjaan.

Jalaluddin Hassan terjatuh di set penggambaran

IBM antara syarikat teknologi pertama yang melabur di Cyberjaya apabila Koridor Raya Multimedia dilancarkan pada pertengahan 1990-an.

Pada 2011, kerajaan mengumumkan syarikat multinasional AS itu akan melabur sebanyak RM1 bilion untuk membangunkan Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya, dengan jangkaan ia akan mewujudkan 3,000 pekerjaan mahir.

Menurut laporan dikeluarkan TelcoTitans, IBM bukanlah syarikat multinasional pertama yang keluar dari Cyberjaya.

Syarikat IT Jerman, T-Systems, sebelum ini dilaporkan menjual perniagaannya di Malaysia kepada firma pelaburan swasta Quintephi Sdn Bhd pada November tahun lalu.

Laporan itu mengatakan, peralihan dijangka selesai pada pertengahan 2021. T-Systems mempunyai lebih daripada 800 pekerja di Cyberjaya pada 2019.

Penyampaian secara digital berkesan bantu calon BN sampai mesej kepada pengundi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker