Jalaluddin Hassan terjatuh di set penggambaran

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan cedera di kaki kanan akibat terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syura di Cyberjaya, malam tadi.

Jalaluddin berkata, dia tidak mengalami kecederaan serius biarpun kaki kanannya membengkak.

“Ramai yang menyangka saya terjatuh kerana masalah jantung atau tekanan darah tinggi. Kesihatan saya baik cuma saya silap langkah.

“Ketika kejadian, saya mahu turun tangga menunaikan solat Maghrib. Keadaan gelap menyebabkan saya terjatuh dan kaki saya terlipat.

Tersilap langkah, Jalaluddin terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syura di Cyberjaya, malam tadi. Foto IG Jalaluddin Hassan
Tersilap langkah, Jalaluddin terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syura di Cyberjaya, malam tadi. Foto IG Jalaluddin Hassan
“Saya cuba bangun tapi tak boleh bergerak. Selepas menjerit meminta tolong, barulah kru produksi yang terdengar jeritan saya, datang menghulur bantuan,” katanya kepada BH Online.

Jalaluddin berkata, kru produksi mahu membawanya ke hospital tetapi dirinya enggan.

“Selepas dirawat anggota paramedik, saya disuruh berehat di rumah. Alhamdulillah, keadaan saya stabil cuma kaki sebelah kanan bengkak dan berdenyut-denyut,” katanya.

Ternyata semangat juang pelakon berusia 66 tahun ini masih utuh. Biarpun sakit, Jalaluddin masih mahu menyelesaikan tanggungjawabnya di set penggambaran.

“Selepas mendapat rawatan, saya terus meminta produksi menyambung penggambaran. Namun, mereka menolak dan menyuruh saya pulang berehat.

“Ketika mereka menghubungi saya bertanya khabar, sebentar tadi, saya sekali lagi menyuarakan hasrat untuk kembali ke lokasi.

“Selagi ada kudrat, saya tak kisah meneruskan kerja. Saya tak mahu ganggu jadual artis lain jika saya asyik tangguhkan penggambaran… Saya tak mahu menyusahkan sesiapa,” luah pelakon berkarakter ini.

Berita mengenai kemalangan kecil itu turut dikongsi pelakon drama terbabitm Siti Elizad Mohamad Shahrifuddin menerusi Instagram (IG) Story memaklumkan Jalaluddin jatuh tangga ketika penggambaran. BH

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker