Muda gesa dedah nama pihak terbabit dalam kartel polis

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan nama pihak yang terlibat dalam ‘kartel’ dan ‘rasuah’ di dalam agensi itu seperti didakwa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Ini susulan pendedahan Abdul Hamid berkenaan kewujudan kartel berkenaan yang terdiri daripada gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau.

Kata Muda, pendedahan itu membimbangkan memandangkan ia menunjukkan gejala rasuah membarah dalam PDRM sehingga turut melibatkan bekas ketua polis negara.

Situasi itu, katanya, sehingga mempengaruhi gerak kerja dan proses membuat keputusan dalam PDRM.

“Justeru, parti Muda menuntut supaya pihak PDRM mendedahkan nama individu-individu yang terlibat dalam kartel dan rasuah melibatkan PDRM termasuk bekas ketua polis negara, ahli-ahli politik, dan ahli-ahli peniagaan.

“(Selain itu) Siasatan yang dijalankan dan hasilnya dijadikan sebagai laporan awam yang dapat diperoleh dan dilihat oleh masyarakat Malaysia umumnya,” kata Muda dalam satu kenyataan.

Kartel Polis cuba singkir Ketua Polis Negara dapatkan bantuan pihak luar

Muda turut menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat laporan ini dengan telus dan adil, dan tindakan dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Pendedahan Abdul Hamid pada 18 Mac itu mencetuskan pelbagai reaksi, antaranya oleh ahli politik pembangkang, menteri dalam negeri sendiri, serta badan peguam yang turut meminta RCI ditubuhkan.

Abdul Hamid mendedahkan gerakan kartel yang terdiri daripada anggota polis muda yang bersekongkol untuk menyingkirkannya itu, mempunyai cita-cita untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi mereka.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pula meminta Abdul Hamid untuk melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), namun Abdul Hamid menyatakan keyakinan bahawa pihaknya mampu menangani isu itu tanpa melibatkan SPP.

Muda turut menghantar memorandum berkaitan isu berkenaan di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman tengah hari tadi.

Memorandum itu disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda Tarmizi Anuwar dan diterima polis yang diwakili Urusetia Ketua Polis Negera (Bahagian Komunikasi Korporat) Bukit Aman, ASP Engku Nurul ‘Aini Engku Malek

Bersaralah Tun Mahathir, PH tidak lagi perlukanmu – Syed Ali

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker