Kartel Polis cuba singkir Ketua Polis Negara dapatkan bantuan pihak luar



Sebaran :


JOHOR BAHRU – Gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu menjatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan menguasai pasukan keselamatan itu turut meminta bantuan pihak luar untuk mencapai cita-cita mereka.

Abdul Hamid yang mendedahkan perkara tersebut tidak memberitahu siapa pihak luar itu yang mempunyai rekod tidak baik, namun menegaskan tidak akan membenarkan PDRM dikuasai mana-mana pihak luar.

“Selagi saya (merupakan) Ketua Polis Negara, saya tidak akan benarkan PDRM digunakan mana-mana pihak sama ada di luar atau di dalam untuk mengikut acuan dan kehendak mereka,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Abdul Hamid ditanya mengenai gerakan tersebut sama ada mendapatkan bantuan pihak luar iaitu daripada anggota dalaman pasukan itu, ahli perniagaan atau pemimpin politik untuk menyingkirkannya dan menguasai PDRM.

Pada Rabu, Abdul Hamid yang menghadiri program Sinar Live yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam turut mendedahkan gerakan tersebut.



Pemuda UMNO buat laporan polis isu kartel daging haram

Dalam program itu, beliau berkata, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pendedahan itu dibuat supaya tidak menjadi barah dalam PDRM dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai jijik, berbahaya dan perlu ditangani dengan pendedahan berani.

“Saya hebahkan perkara ini kerana ia berpotensi menjadi kanser. Saya tidak boleh berdiam diri.



“Niat saya mahu berhentikan perkara ini supaya semua anak buah saya tahu bahawa budaya pasukan kecil ini wujudkan kluster atau koloni dengan cita-cita satu hari nanti menguasai badan tertinggi PDRM ini.

“Pada masa itu, mereka berbuat sesuatu apa sahaja mengikut kehendak mereka adalah suatu yang jijik dan bahaya,” katanya.

Kerjasama PKR dan UMNO tidak akan berlaku – Khairuddin

Jelasnya, perkara itu belum sampai tahap untuk membuat laporan polis tetapi beliau perlu mendedahkannya dan mempunyai bukti, jika tidak didedahkan mereka yang terlibat akan menjadi lebih berani.



Menurutnya, sebagai Ketua Polis Negara, beliau tidak mempunyai koloni atau orang-orang tertentu dalam pentadbirannya dan perbuatan seperti itu boleh membawa kehancuran dan memecahbelahkan PDRM.

“Ini orang Ketua Polis Negara, ini orang Timbalan Ketua Polis Negara, ini orang Pengarah. Saya tidak mahu wujud perkara dan keadaan seperti itu dalam pasukan. Ia akan menghancurkan dan menyebabkan pasukan berpecah.

“Tidak sampai hendak saya membuat laporan polis berhubung isu ini. Saya mahu 130,000 warga polis tahu bahawa perbuatan itu tidak baik. Saya mahu menyedarkan mereka jangan buat macam ini, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.



Jawatan PM untuk UMNO, TPM untuk Bersatu


Sebaran :


2 thoughts on “Kartel Polis cuba singkir Ketua Polis Negara dapatkan bantuan pihak luar

  • mengikut kefahaman aku pegawai2 muda berkenaan telah dikenal pasti…si badut tu kata tak nak buat laporan bermaksud dia tak akan buat apa2 tindakan seperti memecat pegawai2 muda berkenaan…IGP takut ke?

    sebagai rakyat apatah lagi kerajaan harus anggap perkara ini sesuatu yang amat serius…pendedahan yang dibuat sudahlah serius ditambah lagi serius bila IGP takut nak buat apa2 tindakan…sungguh membimbangkan

    Reply
  • Apa yg pernah kita buat kpd org lain akan berbalik kpd diri sendiri. Dulu pernah menyokong kuat kartel menjatuhkan kerajaan/DSN sehingga mendiamkan perbuatan khianat atoq yg meminta bantuan luar/asing/doj bagi memburuk2kan pemimpin negara. Begitu juga mendiamkan saja satu parti yg mendapat bantuan kewangan dari yahudi lebih dari satu billion. Bila atoq menang, terus mengadap dan jadi key pi en. Kini bila atoq letak jawatan sepatutnya ikutlah macam latifah koya, tommy tomato dan lain2. Bila dah rasa diri bersalah maka timbul lah perasaan takut/malu sedangkan dulu, habis semua ketua2 jabatan di M’sia ni dikutuknya siap bunyi… Ish ish ish lagi.

    Reply

Leave a Reply