Ahli Parlimen PH, pembangkang ke Parlimen Isnin depan — MYKMU.NET

Ahli Parlimen PH, pembangkang ke Parlimen Isnin depan

Sebaran :

Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin depan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Majlis Presiden PH berkata, beberapa perkara penting seperti isu mengenai vaksin dan hal ehwal semasa akan dibincangkan.

“Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala darurat berkuat kuasa,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Anwar selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR); Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Majlis Presiden PH sebelum itu mengadakan mesyuarat berkala di Petaling Jaya hari ini.



Dalam mesyuarat itu, Majlis Presiden PH turut memutuskan bahawa Ahli-Ahli Parlimen PH juga akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada 22 Mac.

Sementara itu, Majlis Presiden PH juga akan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama wakil-wakil kedutaan asing pada 24 Mac.

Mesyuarat itu turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Lalang, Chong Eng sebagai Ketua Wanita PH yang baru.

Tak sertai PN bukan bermakna Umno ketepi agenda Melayu


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: