Strok haba dipercayai punca kematian kanak-kanak ditemui dalam kereta di tadika — MYKMU.NET

Strok haba dipercayai punca kematian kanak-kanak ditemui dalam kereta di tadika



Sebaran :

SUNGAI PETANI: Punca kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan yang dipercayai tertinggal di dalam kereta selama empat jam di sebuah tadika di Taman Ria di sini pada Selasa adalah berkemungkinan akibat mengalami strok haba.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, hasil ujian awal itu diperolehi dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini yang turut menunjukkan mangsa masih bernyawa ketika gurunya cuba memberi bantuan pernafasan (CPR).

“Apa yang diterangkan oleh pihak doktor yang menjalankan post-mortem, keadaan si mati ini mayatnya adalah konsisten dengan senario, maknanya ciri ciri strok haba itu ada.



“Walau bagaimanapun pihak hospital telah mengambil beberapa sample dalam badan untuk menentukan betul-betul punca kematian. Maka perlukan pemeriksaan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Strok haba dipercayai punca kematian kanak-kanak ditemui dalam kereta di tadika

Katanya lagi, polis telah merakam percakapan semua guru yang mengajar di tadika terbabit.

Siasatan terhadap pengetua juga masih dijalankan dan tempoh reman akan berakhir esok.



Katanya setakat ini faktor kecuaian antara siasatan utama yang dijalankan ketika ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari Selasa lalu mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika.



Kanak-kanak malang itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).


Sebaran :


Leave a Reply