MIC Nasihat UMNO, Perbincangan Umno-PH Tidak Akan Berhasil

 

PETALING JAYA: Presiden MIC S Vigneswaran menyangkal kemungkinan Umno akan bekerjasama dengan parti daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Bernama, Vigneswaran berkata perbincangan tidak rasmi antara pemimpin Umno dan PKR tidak akan berhasil kerana akar umbi tidak akan merestui kerjasama itu.

“Saya harap Umno akan membuat keputusan yang tepat walaupun wujud dakwaan pemimpin tertentu mengadakan ‘hubungan sulit’ dengan PH kerana akar umbi tidak akan merestuinya,” katanya di Sungai Siput, Perak.

Baru-baru ini, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan Umno, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Dalam perkembangan berasingan, Vigneswaran berkata beliau yakin Umno dan PPBM dapat menyelesaikan perbezaan mereka sama seperti Umno dan PAS yang pernah berseteru lebih 40 tahun, namun kini bekerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN).

4 pimpinan tertinggi PPBM keluar mesyuarat tidak puas hati dengan perbincangan

“Ini adalah pendirian Umno (untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang). MIC sebagai parti komponen menghormati apa sahaja keputusan yang diambil oleh kepemimpinan Barisan Nasional.

“Saya berharap mereka (Umno dan PPBM) boleh duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang berbangkit,”

Baru-baru ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, walaupun Perlis dan Umno Sabah berpendirian sebaliknya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker