Insiden kren lebuh raya SUKE: Kementerian arah kerja pembinaan di Alam Damai dihentikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengarahkan kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini dihentikan sementara waktu.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya turut mengarahkan pemaju mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian dan pembinaan.

Jelas beliau, maklumat awal mendapati punca kejadian dipercayai berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di bahagian atas struktur.

“Pihak pemaju dan bahagian keselamatan diminta memberi cadangan dan langkah (perlu) jika mahu meneruskan projek ini dari sudut keselamatan yang boleh dilihat oleh mereka.

“Kalau tidak, kita tidak benarkan apa-apa kerja atau projek dijalankan.

“Kita akan audit sistem keselamatan yang dikemukakan mereka dan akan dinilai oleh LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia), CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), dan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

“Kita akan bawa jabatan bomba untuk menilai,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Jelas Fadillah, keutamaan ketika ini adalah untuk menstabilkan struktur apabila ada pengerakan ketika kerja penyelenggaraan berlaku.

“Kita diberikan taklimat tadi bahawa kerja penyelamat mungkin akan dapat diselesaikan pada tengah malam ini kerana mencabar untuk operasi menyelamat,” kata Fadillah.

Jurucakap syarikat pengendali lebuh raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam pada itu memaklumkan dua mangsa yang meninggal dunia dan seorang cedera parah telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM), di sini.

Sementara seorang lagi mangsa yang meninggal dunia masih belum berjaya dikeluarkan.

Kerja-kerja menyelamat dijangka diteruskan sehingga tengah malam ini. Awani

[VIDEO] Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat SUKE -Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker