[VIDEO] Melatah Punya Pasal..Tengah Syok Temu Bual Pelajar, Sekali Kena Tolak Sampai Jatuh….. Naya!

Semua orang mempunyai perangai masing-masing dan juga sifat yang tidak dapat dihilangkan

Contohnya seperti melatah kerana itu adalah sifat semulajadi yang tidak boleh diubah dalam diri seseorang.

Kebiasaannya orang yang kuat meatah ini kerana mereka merasa terkejut atau selalu diusik oleh orang-orang sekeliling. Sifat melatah itu akan muncul pada bila-bila masa tidak kira masa atau tempat.



Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pelajar yang sedang ditemu bual tiba-tiba melatah lalu menolak penemubual sehingga terjatuh.

Lihat video penuh itu di bawah:

https://twitter.com/i/status/1372506929080135682

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar universiti semasa itu sedang ditemu bual oleh seorang rakannya mengenai topik pilihan raya kampus.



Lelaki itu kemudian meluahkan apa yang dia rasa selepas memenangi pilihan raya kampus berkenaan. Tetapi semasa sedang asyik bercakap dia tiba-tiba tersasul dengan kata-katanya.

Apa yang lebih melucukan adalah dia melatah sampai menolak rakan temu bual itu sehingga terjatuh terduduk. Sesi temu bual itu berakhir dengan insiden yang kelakar selepas semua orang ketawa padanya.

Image from @amer_aljeffrey (Twitter)

Image via @amer_aljeffrey (Twitter)



“Terus keluar sisi kakak dia. Haha” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ada yang berpendapat orang yang melatah sememangnya tidak boleh dikawal. Ada juga mengusik lelaki berkenaan terus bertukar kepada sisi yang berbeza.



Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 72.1K views, 2,375 retweets dan 3,779 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

 



Aduhai, kelakarlah tak pasal-pasal lah dia pula kena tolak :P-Seismik

Sambutan Hari Lahir Bertukar Jadi ‘Sesi Cincang Kek’, Gara-Gara Lelaki Ini Kaki Latah [ VIDEO ]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker