Sambutan Hari Lahir Bertukar Jadi ‘Sesi Cincang Kek’, Gara-Gara Lelaki Ini Kaki Latah [ VIDEO ]

Share

Fenomena melatah sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan rakyat Malaysia, semakin diusik semakin menjadi-jadi latah seseorang itu

Jarang kita lihat orang lelaki melatah, tetapi lain pula ceritanya dengan video yang tular di TikTok ini.

Pengguna akaun TikTok bernama @cindailusuh itu popular dengan video-video melatah kawan atau ahli keluarga yang sering dimuat naiknya.

Tetapi, video melatah kali ini agak rare sebab kejadian dirakam ketika majlis sambutan hari jadi si latah yang merupakan dua orang lelaki.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

 

Sesi potong kek bertukar jadi ‘sesi cincang kek

Mereka berdua yang meraikan hari jadi sepatutnya kena potong kek, tetapi ada yang mengacau pasang mercun dan akibat terkejut dengar bunyi letupan itu, terus dua orang lelaki itu melatah tak berhenti.

Maka, daripada kejadian itu lah terciptanya nama ‘sesi cincang kek’. Disebabkan kek dah lumat kena cincang, mereka semua terpaksa makan kek menggunakan sudu. Aduhai lawak betul!

Video itu telah mendapat lebih 100,000 tontonan di TikTok dan komen terhibur daripada warganet.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa-apa pun video yang dikongsi ini hanyalah untuk hiburan semata-mata, memori macam ini yang kita akan ingat sampai ke tua 😀

Kredit: Says.com

Mati kerana TikTok

Leave a Reply