DAP Kedah gesa kerajaan negeri henti roboh kuil, tokong haram

 

ALOR SETAR: DAP Kedah menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhenti merobohkan rumah ibadat bukan Islam, sebagai sebahagian daripada 12 resolusi yang diluluskan di konvensyennya hari ini.

Ketua DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata resolusi itu diluluskan kerana kuil Hindu ketiga bakal dirobohkan, kali ini di Bandar Mutiara, Sungai Petani.

Kerajaan negeri pimpinan PAS menyokong tindakan penguatkuasaan oleh PBT ke atas rumah ibadat yang dibina secara haram, dengan berkata ia bertujuan memastikan masa depan yang harmoni dan aman damai berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Dua kuil Hindu dan beberapa tokong Cina dirobohkan tahun lalu kerana dibina secara haram.

“Saya menggesa kerajaan Kedah bertindak adil kepada masyarakat minoriti di negeri ini. Semalam, saya menerima satu panggilan memaklumkan sebuah lagi kuil Hindu akan dirobohkan di Sungai Petani.

Disangka suara anak kucing, rupanya bayi dibuang di tokong

“Saya menggesa negeri menghentikan kerja perobohan dan berunding dengan wakil semua agama,” katanya dalam ucapan dasar konvensyen negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tan yang juga ADUN Derga, mempersoalkan bagaimana kerajaan Kedah mendakwa ia mengumpul pelaburan RM68 bilion sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu, sedangkan statistik rasmi setakat 3 Mac lalu menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM38.7 bilion.

Resolusi lain yang diluluskan termasuk menggesa Kerajaan Kedah memastikan bekalan air yang bersih dan tanpa gangguan, serta menggesa pucuk pimpinan Pakatan Harapan memperuntukkan kerusi DUN dan Parlimen bagi calon dari setiap parti komponen dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Tan turut mengumumkan semua 15 calon yang bertanding untuk jawatankuasa DAP Kedah menang tanpa bertanding.

Tan kekal sebagai pengerusi negeri itu, dengan Siau Suen Miin menjadi timbalannya, manakala Zulhazmi Shariff dan Karunagaran Govindan sebagai naib pengerusi.

Teh Swee Leong, ADUN Kota Darul Aman, dilantik sebagai setiausaha, Liew Eng Wah menjadi timbalannya. Hanya Tan dan Teh yang merupakan wakil rakyat negeri itu daripada DAP.

Bantah roboh kuil: Jangan minum sebotol, mabuk dua tiga botol – Sanusi

Pelantikan lain:

Setiausaha Organisasi: Loke Chin Giap; Tan Kim Ping dan Koh Hui Im (timbalan)
Setiausaha Publisiti: Mohd Shubihi Muhamad Zain dan Ong Khor Jong (timbalan)
Pengarah pendidikan politik: Puvaneswary Kandasamy
Ahli jawatankuasa: Khoo Khim Han, Lee Keen Chong, Lee Weng Hong, Lim Yoke Pheng, Ooi Chong Maw dan Tok Chui Lai.

Tahun ini, terdapat 357 perwakilan, peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding 2018, yang hanya dihadiri 120 perwakilan. DAP kini mempunyai cawangan di 13 kawasan Parlimen, kecuali Padang Terap dan Jerlun.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker