Al-Fatihah: Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia
SEREMBAN: Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, dekat sini, pada jam 5 pagi tadi, selepas menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak tiga tahun lepas.
Cucunya Faiqah Khairul Azam, 25, berkata Allahyarham mengalami deman sejak dua hari lepas dan baru sahaja menjalani pembedahan kira-kira tiga minggu lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor.
“Nenek demam sudah dua hari…sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada tumor,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua lelaki.
Hapsah merupakan pejuang UMNO yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah sejak lima penggal.
— BERNAMA
Sudah Jatuh Di Timpa Tangga..Lima Jari Kaki Kiri Hapsah Terpaksa Dipotong..
You must be logged in to post a comment.