UMNO Perlis sedia bergerak solo: ‘Kalau nak buang Perlis, buanglah’ – Shahidan

Sebaran :


UMNO Perlis membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan Pusat sekiranya mereka kekal dengan pendirian mengakhiri kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Perhimpunan Agung UMNO edisi 2021, akhir bulan ini.

Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tidak bimbang jika tindakan diambil terhadap UMNO Perlis di bawah pimpinannya.

“Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buanglah,” kata Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional dalam program temu bual isu semasa, Talk Now terbitan MalaysiaNow.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berlangsung pada 27 Mac ini akan diadakan ketika dakwaan desakan sebahagian pemimpinnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.



Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini meningkatkan kritikan terhadap Bersatu sambil menuduh parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mengenepikan UMNO dalam pelantikan jawatan penting kerajaan.

Malah, kedua-dua pemimpin terpalit rasuah itu mendesak Pas mengikuti langkah mereka meninggalkan Bersatu.
Shahidan, yang juga ahli Parlimen Arau, turut mempersoalkan seruan pemimpin UMNO agar Pas meninggalkan Bersatu, sedangkan katanya parti Islam itu sudah bersama-sama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Pas berdaftar dengan PN. Ini bererti kalau kita mahu Pas, Pas mesti syaratkan kita mesti bersama Bersatu.

“Kalau kita nak Bersatu, kita tak nak Pas, tak boleh … sebab Pas dalam PN,” kata ahli politik veteran itu.



“Bagi kami, biarlah berlaku perundingan supaya di mana BN, PN tidak bertanding. Di mana PN bertanding, BN tidak bertanding. Kita nak rundingan itu saja,” tambah beliau lagi. Awani


Sebaran :

Leave a Reply