‘Stadium 8,000 penonton dah boleh buka, Parlimen 222 MP bila lagi?’

 

Lebih ramai ahli politik dan wakil rakyat membidas dan mempersoal tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terus enggan memulakan persidangan Parlimen.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Li p Eng dalam satu kenyataan mempersoalkan kewajaran stadium bolasepak yang dibenarkan dibuka semula mulai 1 April ini yang dilihat sebagai keyakinan pihak kerajaan terhadap pihak berkuasa dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP Covid-19.



“Sekiranya itu adalah pewajaran yang diberikan oleh pihak kerajaan, keyakinan tersebut juga seharusnya wujud dalam pembukaan semula parlimen.

“Tambahan pula, SOP bagi memantau dan menjaga 222 ahli parlimen semestinya lebih mudah dan terurus daripada menjaga 8000 orang,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakub mengumumkan Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk membenarkan 10 peratus atau 2,000 penyokong menonton perlawanan bola di stadium, di negeri-negeri yang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi negeri-negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, 25 peratus atau 8,000 daripada kapasiti penuh stadium dibenarkan untuk hadir menonton.



Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia

Mengulas lanjut, Lim berkata, pelbagai langkah telah pun diambil bagi mengurangkan risiko pendedahan wabak Covid-19 di parlimen.

Ini termasuk, ujian saringan Covid-19 secara berkala untuk semua orang di parlimen, memasang penghadang di sekitar kubikel speaker, pematuhan SOP yang ketat, bahkan masa perbahasan juga dipendekkan.



“Tiada alasan untuk parlimen tidak dibenarkan bersidang! Pembukaan pelbagai jenis sektor cukup membuktikan yang negara kita bukan di dalam keadaan darurat.

“Sekiranya Malaysia benar-benar berada di dalam situasi yang genting dan darurat, apakah logik perlawanan bola sepak, majlis perkahwinan besar-besaran, dan majlis hiburan seperti Anugerah Juara Lagu dijalankan?

“Semestinya bilangan mereka yang hadir ke majlis-majlis seperti ini lebih ramai dari persidangan di parlimen,” katanya.

PH dan sekutu ada 107 kerusi parlimen – Anwar



Pada 3 Mac lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata bahawa sidang Parlimen akan ditangguh dalam tempoh darurat yang berkuatkuasa sehingga 1 Ogos ini.

Alasan yang diberikannya adalah sebahagian besar anggota parlimen merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19 dan ini merupakan antara sebab parlimen terpaksa ditangguhkan.

Menurut Takiyuddin, daripada 220 ahli parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.



“Hampir sebahagian ahli parlimen adalah kumpulan berisiko, jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada Covid-19 sebab berada di ‘confined area’ iaitu sempit dan tertutup.

“Apabila parlimen bersidang, seorang ahli parlimen akan bawa tiga pegawai bayangkan berapa ramai di tempat itu dengan kakitangan awam lagi,” kata pemimpin PAS itu.

 

‘Dua MKT jadi kambing hitam’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker