Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia

 

PYONGYANG – Korea Utara pada Jumaat mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Langkah itu diambil selepas Kuala Lumpur mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS).



Kementerian Luar Korea utara dalam satu kenyataan berkata, Malaysia didakwa melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ kerana menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke AS.

“Sehubungan itu, kementerian mengumumkan hubungan diplomatik antara negara ini dengan Malaysia sudah terputus.

Tuntutan laut: Malaysia hantar bantahan ‘keras luar biasa’ kepada China



“Tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan Malaysia ‘bermusuhan’ dengan Pyongyang,” jelas kenyataan tersebut.

Pada 3 Mac lalu, seorang rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.

Lelaki itu yang tinggal di Malaysia selama lebih sedekad bersama keluarganya ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington. – AFP

Ceroboh perairan: Bukan bermaksud Malaysia lemah, kata pakar



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker