Teknologi ‘Retort’ selamatkan jangka hayat lebihan makanan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bakal melaksanakan projek rintis teknologi ‘Retort’ bagi menyelamatkan dan meningkatkan jangka hayat lebihan makanan yang masih baik dan belum disentuh daripada industri perhotelan dan katering.

Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata projek itu yang akan dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia di Perlis dan Hotel Primula di Terengganu pada tahun ini, bertujuan mengelakkan lebihan makanan terbabit terbazir.

“Program akan diperluas kepada pemain industri perhotelan dan katering yang lain sebagai antara langkah inovatif KPDNHEP untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya dalam ucapan bersempena pelantikan Rakan Strategik Utama (RSU) Program Food Bank Malaysia (PFBM), di sini hari ini.



Nanta berkata PFBM dapat diperkasakan dengan pelantikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat sebagai RSU memandangkan pelaksanaan program itu memerlukan jalinan kerjasama sukarelawan selain tidak memberikan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan untuk dijayakan.

“Guan Eng lemah ingatan, buat-buat lupa isu RT” – Nor Hizwan

Beliau berkata pelantikan RSU akan dapat mengoptimumkan penggunaan secara bersama kemudahan aset dan logistik di antara KPDNHEP dan RSU, meningkatkan sumber sukarelawan program serta mengoptimumkan sumber sumbangan lebihan makanan.



“Penglibatan NGO dan syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam mengendalikan food bank (bank makanan) bagi menambah baik keberkesanan PFBM,” katanya.

PFBM adalah antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sejak 2018 yang bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan isu pembaziran makanan yang masih boleh dimakan.

Menurut Nanta, setakat Januari 2021, seramai 624,445 ahli isi rumah mendapat manfaat daripada PFBM termasuk Program Food Bank Siswa yang diperkenalkan di 25 institusi pendidikan tinggi awam di seluruh negara.

Adik Ipar Buat Onar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker