Lelaki rogol rakan dipenjara 14 tahun, tiga sebatan

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol rakannya berusia 15 tahun dalam kejadian dua tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Muhammad Jufri Imran Sidek, 21, di akhir kes pembelaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi ketiga-tiga pertuduhan.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dari Kampung Demang, Merchang di Marang didakwa merogol mangsa, pada 17 Januari 2019 jam 1 pagi di sebuah bangsal di Kampung Pantai Merchang, Marang.Lelaki rogol rakan didakwa mengulangi perbuatan sama jam 3 pagi pada 24 Januari 2019 di sebuah beranda di hadapan sebuah kediaman di Jalan Pantai Merchang, Marang.

Bapa Neraka: Rogol Anak 105 Kali, Dipenjara 1052 Tahun Dengan Sebatan Maksimum

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.



Tertuduh seterusnya dijatuhi hukuman tujuh tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan secara serentak bermula pada tarikh sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah menerima permohonan tertuduh menerusi peguambelanya, Aziz Hassan agar hukuman penjara ditangguhkan dengan jaminan sebanyak RM16,000.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker