Bersatu ugut PAS, berani bertanding di Jasin kami takkan keluar berkempen

JASIN: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jasin menuntut pucuk pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon daripada parti itu dan bukannya Pas di kerusi Parlimen Jasin.

Ketuanya, Muhammad Jefri Safry berkata, ini kerana calon Bersatu adalah lebih layak bertanding di situ walaupun kerusi berkenaan secara tradisinya ditandingi Pas.

Menurutnya, jika PN menyenaraikan calon Pas, seluruh jentera Armada Bahagian Jasin tidak akan meneruskan kempen sehingga hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),19 November ini.



“Sewajarnya, pihak atasan PN dan Bersatu mendengar suara anak muda di Jasin yang mahukan calon daripada Bersatu diangkat bertanding di Jasin pada PRU15 nanti.

“Tuntutan agar calon Bersatu mewakili PN bertanding di sini dibuat berdasarkan ketetapan yang diputuskan sewaktu Persidangan Armada Bahagian Jasin baru-baru ini.

“Calon daripada Bersatu sebenarnya lebih relevan untuk diangkat bertanding di sini dan kita mempunyai calon berwibawa untuk diketengahkan,” katanya dalam sidang akhbar di Kelab Golf Heritage Jasin di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, Mesyuarat PN Melaka sebelum ini bersetuju Pas bertanding di Jasin dan Tangga Batu manakala tiga lagi kerusi iaitu Hang Tuah Jaya, Masjid Tanah serta Alor Gajah diberikan kepada Bersatu, dan Gerakan pula di Kota Melaka.



Mengulas lanjut, Muhammad Jefri berkata, Bersatu mempunyai tiga pemimpin berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, mereka ialah Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub; Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Jasin, Mustafa Ahmad dan Setiausaha Srikandi Bersatu, Azalina Abdul Rahman.

“Berdasarkan prestasi sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu, tiga calon daripada Bersatu dan dua dari Pas yang bertanding, hanya kerusi DUN Bemban dimenangi.

“Oleh yang demikian, kemenangan satu kerusi di Bemban dan kekalahan tipis di Rim dan Sungai Rambai berbanding Pas, membuktikan calon Bersatu adalah layak bertanding di Parlimen Jasin,” ujarnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker