PRU15 perang menentang pengkhianatan – Fahmi
PKR akan menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-15 sebagai perang menentang pengkhianatan bagi menentang pihak-pihak yang mengkhianati pilihan yang telah dilakukan oleh rakyat pada PRU14.
Katanya, untuk itu PKR tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk gabungan menentang kumpulan yang dianggap pengkhianat itu.
Katanya, sebaik sahaja selesai PRU15 UMNO berhadapan dengan pengkhianatan apabila ahli Parlimennya beramai-ramai menyertai Bersatu.
Bagi pihak Pakatan Harapan pula katanya, pengkhianatan hasil daripada Langkah Sheraton menyebabkan kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat tumbang.
Baru-baru ini pula, katanya, beberapa lagi wakil rakyat PH melompat parti memberi sokongan kepada Bersatu.
“Prinsip politik yang dipegang oleh mereka ini tidak boleh dibiarkan berterusan dalam politik Malaysia. Apa yang yang dilakukan oleh golongan ini boleh merosakkan imej Parlimen Malaysia,” katanya ketika menjadi tetamu Media Mulia TV hari ini.
Untuk itu kata Fahmi, PKR tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO atau parti lain yang sealiran dengan perjuangan mereka.
Katanya, yang penting setidak-tidaknmya ada persefahaman politik dan ada garis yang jelas yang tidak mendatangkan masalah kepada kedua-dua pihak.
“Kalau boleh seiring itu lebih baik,” katanya.
Katanya, walaupun UMNO kini berada dalam kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) tetapi mereka sendiri sudah dikhianati beberapa kali.
UMNO sendiri kena khianat sebab banyak ahli Parlimen mereka lompat ke Bersatu selepas PRU14
“Saya sendiri tidak ada masalah dengan UMNO, kita lihat ada beberapa perkara yang jadi persamaan, maka dalam persamaan itu jika boleh diusahakan dan jika boleh bawa kebaikan kepada negara kenapa tidak,” kata Fahmi.
Pada masa sama katanya PKR akan terus mengukuhkan hubungan sesama parti dalam PH untuk menghadapi PRU15.
Bagi PKR akan terus kukuhkan hubungan aprti-parti dalam pakatan harapan.
Katanya, salah satu punca PH tidak dapat melaksanakan apa yang Mereka janjikan kepada rakyat adalah disebabkan pengkhianatan ini
“Kita dalam kata akan buat itu ini. Kami mempunyai iltizam tetapi tidak boleh diusahakan perkara itu sebab mungkin dari awal ada pihak yang sabotaj dari dalam dan timbulkan persepsi rakyat telah ditipu.
“Pada hal ramai antara kami yang kecewa kerana apa yang kami perjuangkan tidak dapat dilaksanakan kerana pengkhianatan ini,” katanya. SM
https://mykmu.net/2017/10/20/perbuatan-nurul-izzah-satu-pengkhianatan/