Anak singa ‘hiasan’ kahwin


Lahore: Majlis perkahwinan pasangan pengantin di Lahore, Pakistan menimbulkan kontroversi apabila seekor anak singa yang diberi ubat penenang digunakan sebagai aksesori penggambaran.

Ia dikongsi Studio Afzi, sebuah studio fotografi yang mempunyai 120,000 pengikut di Instagram.

Media tempatan melaporkan, video dengan tanda pagar #SherdiRani itu mendapat kecaman daripada pencinta haiwan dan aktivis di seluruh dunia.

Selepas dikecam warganet, tangkap layar dan video yang dimuat naik sudah diturunkan.

Sebuah badan bukan kerajaan Pakistan yang dikenali sebagai Save The Wild mempersoalkan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Punjab bagaimana acara seperti itu dibenarkan.

“@PunjabWildlife adakah anda mengizinkan seekor anak singa disewa untuk upacara perkahwinan?

“Lihatlah anak singa malang ini yang diberi sedatif dan dijadikan pertunjukan studio ini berada di Lahore tempat anak singa ini disimpan. Tolong selamatkan dia,” katanya menerusi Twitter.

Pada masa sama, aktivis hak asasi haiwan dan NGO di seluruh dunia turut berkongsi video itu termasuk JFK Animal Rescue And Shelter yang berkongsi tangkap layar di akaun Instagram mereka.

Video berkenaan menunjukkan anak singa itu berbaring di antara pengantin lelaki dan perempuan ketika penggambaran berlangsung.

Sesi mengambil gambar perkahwinan menggunakan haiwan eksotik sebagai aksesori menjadi pilihan pasangan pengantin untuk membuat kelainan namun ia dibantah aktivis haiwan yang menganggap ia adalah bentuk penganiayaan kepada binatang. HM

JOM LEPAK SAT…Duo Singa Laut takluk kapal layar kecil hingga nak tenggelam [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker