Polis tumpas pengedaran syabu lebih RM5 juta


GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sekali lagi mencatatkan kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas syabu bernilai lebih RM5 juta.

Serbuan selama dua hari bermula Jumaat lalu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang.

Pihak forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan dadah di Batu Ferringhi pada Jumaat lalu.

MalaysiaGazette difahamkan, dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

Difahamkan lebih 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dirampas dalam serbuan tersebut.

Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bantu siasatan penemuan syabu di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.
Satu sidang akhbar berhubung kejayaan itu akan diadakan jam 11 pagi ini oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang. MG

Resort jadi markas operasi syabu ditumpaskan PDRM, nilai rampasan 1 juta ringgit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker