Kelonggaran dalam kelulusan Bahasa Melayu untuk memasuki Perkhidmatan Awam – Zahid Hamidi

Warga Malaysia bukan Bumiputera kurang berminat menyertai pasukan unit beruniform bukan isu baharu.

PDRM dan ATM memang mengalu-alukan penyertaan bukan Bumiputera sejak dulu, tetapi penglibatannya amat kurang.

Banyak faktor yang kerap diperkatakan mengenainya sebelum ini termasuk berhubung kadar gaji.

Terbaru Jabatan Pengurusan Bukit Aman mengalu-alukan kemasukan bukan Bumiputera bagi mengisi kekosongan jawatan konstabel.

Untuk tujuan itu bukan Bumiputera diberi kelonggaran tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

https://www.bharian.com.my/…/pdrm-longgar-syarat…

Walaupun niat dan objektifnya baik, namun kelonggaran dalam kelulusan Bahasa Melayu agak menimbulkan polemik.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Persekutuan juga selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1966 (Akta 32).

Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri.

Justeru, kewajipan lulus Bahasa Melayu dalam apa jua perkhidmatan awam bertepatan dengan dasar memartabatkan bahasa kebangsaan.

Sebab itu semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2017, kerajaan memutuskan syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan semua jawatan sektor awam di negara ini dikekalkan.

https://www.hmetro.com.my/…/mesti-lulus-bahasa-melayu

Pada pandangan saya PDRM mungkin perlu memikirkan kaedah lain untuk menarik penyertaan bukan Bumiputera tanpa perlu menyentuh aspek bahasa.

Selain itu, pengumuman perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu dalam tempoh 6 tahun perkhidmatan turut menimbulkan persoalan.

Ini kerana jika gagal khidmat mereka akan ditamatkan. Selepas begitu lama berkhidmat dengan pengalaman yang ada akhirnya mereka diberhentikan.

Bukankah lebih baik mereka diminta menduduki semula subjek Bahasa Melayu terlebih dahulu. Selepas lulus baru diambil berkhidmat.

Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

 

Presiden Gerakan main propaganda Umno dan PH bakal bergabung- Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker