“Bang Bunyi Tu Pelan2 Sikit Nanti JPJ Saman” Peniaga Bundle Lena Tertidur Masa ‘Live’, Dapat View Tinggi Pulak Tu🤣🤣🤣

Setiap orang ada kegigihan tersendiri untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Tidak kiralah yang bekerja makan gaji mahu pun bekerja sendiri, masing-masing ada cara mereka sendiri. Malah hari ini, ramai yang sudah bijak menggunakan teknologi untuk berniaga bagi memperluaskan lagi jualan mereka.

Sama seperti lelaki ini yang menjual pakaian bundle menerusi live di media sosial. Video lelaki ini yang berniaga di live itu telah mencuri perhatian ramai. Apa yang menariknya mengenai rakaman lelaki ini adalah peniaga tersebut tertidur masa live.

Berikut adalah rakaman peniaga tertidur masa live yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

https://twitter.com/i/status/1367519156489232387

Jika diperhatikan di ruangan komen live tersebut, pelbagai reaksi lucu yang ditinggalkan oleh penonton rakaman tersebut. Malah apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah biarpun peniaga tertidur masa live, namun jumlah ‘viewer’ makin meningkat naik.

Perkongsian rakaman tersebut di Twitter ini telah meraih lebih 82 ribu tontonan dan 2,500 retweets serta 2,100 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Sorry tergelak sebab first time tengok ni. Semoga murah rezeki

Masa menjual view 5…Masa tidur view 1K..Mantab Pak Abu

Pecah aku dengan komen ‘bang bunyi tu pelan2 sikit nanti JPJ saman’

Kredit: HCL

Gigih Niaga Sampai 3 Pagi..Makcik Ini Buat LIVE Pagi Buta Jual Baju Murah. Tiba Tiba Rezeki Datang Bergolek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker